PALEMBANG, Indonesia – Pemburuan pingat emas pertama negara akhirnya tiba menerusi sukan boling selepas trio wanita negara menewaskan Taiwan dan Singapura dalam aksi final di Pusat Boling, Bandar Sukan Jakabaring di sini semalam. Pada saingan tersebut, skuad trio wanita negara yang terdiri daripada Esther Cheah, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman melakukan 4,326 jatuhan pin. Lebih manis, ia adalah pingat emas pertama buat skuad boling wanita…










