KUALA LUMPUR – Pemilikan media oleh parti politik perlu dielakkan untuk memerangi salah maklumat, dan sekali gus mewujudkan persekitaran lebih baik untuk media, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan untuk mengharamkan perkara itu perlu diputuskan oleh kerajaan.
Beliau berkata demikian pada perasmian ‘Think Media Malaysia 2018 with Google’ di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan – Malaysia, Vietnam, Filipina dan New Emerging Markets di Google, Sajith Sivanandan,
Gobind Singh berkata, kementerian sentiasa terbuka untuk berbincang dengan pihak berkepentingan relevan untuk mencari hala tuju terbaik bagi negara ini dan rakyatnya.
“Kami bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan persekitaran kondusif bagi pengamal media. – Bernama











