SAFINA RAMLI KUALA LUMPUR 23 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mengetepikan ego politik untuk kembali ke meja rundingan dengan kerajaan China bagi mencari penyelesaian terbaik agar projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dapat diteruskan. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang terma yang didakwa tidak menguntungkan boleh sahaja dirundingkan kembali agar rakyat tidak menjadi mangsa dengan pembatalan projek yang sudah pun bermula…










