Perkataan plastik berasal daripada terma Greek, plastikos. Ia membawa maksud bahan yang boleh dilentur kepada pelbagai bentuk dan saiz. Plastik sintetik pertama dicipta secara tidak sengaja oleh ahli kimia berdarah Amerika Syarikat – Belgium, Leo Hendrik Baekeland pada tahun 1907. Baekeland yang ketika itu melakukan uji kaji untuk mencari alternatif murah kepada syelek, sejenis pengilat, sebaliknya telah menghasilkan polimer plastik daripada campuran fenol dan formaldehid. Sebatian tersebut mendorong perkembangan di…