SHAH ALAM – Calon Pas, Dr. Halimah Ali mahu menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menjadi satu kawasan yang selesa diduduki penduduknya selaras taraf kedudukannya yang terletak di dalam Bandaraya Petaling Jaya. Halimah memberitahu, ini berikutan DUN tersebut masih berada di tahap tidak memuaskan berhubung masalah sampah, kesesakan, gejala sosial serta fasiliti di rumah pangsa. “Isu-isu ini amat dekat di hati saya apabila pernah membangkitkannya di dalam kerajaan negeri…










