ISKANDAR PUTERI 14 Ogos – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bersambung pada sesi petang hari ini mengambil kesempatan mendoakan keselamatan mangsa kemalangan Bas Harapan Johor dengan sebuah lori di Kampung Temiang, Jalan Salleh, Muar pagi tadi. Timbalan Speaker, Gan Peck Cheng mengambil kesempatan menzahirkan rasa simpati atas kejadian itu ketika memulakan persidangan pukul 2.30 petang, selepas dewan berhenti rehat tengah hari tadi. “Bas Harapan Johor terlibat kemalangan pagi…










