KUALA LUMPUR 1 Ogos – Dua buah syarikat pembinaan masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membiakkan nyamuk aedes, tahun lalu. Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman tersebut selepas wakil syarikat Sin Seong Hin Sdn. Bhd. dan Kimlun Sdn. Bhd. mengaku bersalah membiak serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk Aedes Aegypti serta Aedes Albopictus. Mengikut pertuduhan Sin Seong Hin Sdn. Bhd. selaku orang kena saman…










