Dua MRSM di Kelantan dikaji semula - Rina - Utusan Malaysia

Dua MRSM di Kelantan dikaji semula – Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Pembinaan dua maktab rendah sains Mara (MRSM) di Kelantan, ma­sing-masing di Ketereh dan Tanah Merah, sedang dikaji semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

RINA HARUN
RINA HARUN

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun berkata, pelaksanaan kedua-dua projek tersebut adalah bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

“Dalam perancangan memang ada dua MRSM yang telah dirancang pembinaannya di Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan. Itu disekat dan dikaji.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, insya-Allah akan dilaksanakan mengikut keadaan kewangan negara semasa,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang meminta kerajaan menjelaskan tentang status pembinaan dua MRSM tersebut serta cadangan mewujudkan MRSM berbayar.

Dalam perkembangan sama, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, kerajaan PH juga tidak berhasrat meneruskan cadangan penubuhan MRSM berbayar bagi menampung kemasukan pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga berpendapatan tinggi.

Jelas beliau, kementerian mahu melihat semula pe­ranan MRSM yang ditubuhkan untuk membantu rakyat terutamanya di luar bandar.

“Kita nak penuhkan dahulu, sebab kita ada 54 buah MRSM di seluruh Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN