Dua maut kemalangan lori, treler - Utusan Malaysia

Dua maut kemalangan lori, treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 18 Ogos – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan treler di Kilometer 348, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, pemandu lori, Lye Zhi Hao, 27, dan kelindannya, Chew Huang Chen, 32, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku selepas lori yang dinaiki kedua-dua mangsa melanggar bahagian belakang treler muatan pasir itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua lelaki itu parah sebelum disahkan maut manakala pemandu treler tersebut pula tidak ditemukan di lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN