MIAMI 27 Ogos – Polis Florida kini menyiasat motif insiden tembakan rambang yang meragut dua nyawa dan mencederakan 11 yang lain di Jacksonville sebelum suspek menembak mati dirinya ketika acara pertandingan permainan video berlangsung di sini semalam. Beberapa saksi memberitahu media tempatan, suspek dikenali sebagai David Katz, 24, berasal dari Baltimore merupakan salah seorang daripada peserta pertandingan dan berasa tidak puas hati selepas kalah. Namun tidak dapat dipastikan sama ada…










