PETALING JAYA 30 Ogos – Dua lelaki yang dipercayai membuat panggilan palsu terdapat bom di dalam Bangunan Sri Pentas Bandar Utama, Damasara kelmarin direman empat hari bermula hari ini. Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an. Siasatan terhadap kedua-lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana disyaki…










