Dua lelaki direman tipu ada bom - Utusan Malaysia

Dua lelaki direman tipu ada bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Dua lelaki yang dipercayai membuat panggilan palsu terdapat bom di dalam Bangunan Sri Pentas Bandar Utama, Damasara dekat sini kelmarin direman empat hari bermula hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 40-an.

Kedua-dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hukuman itu memperuntukkan penjara maksimum sembilan tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua lelaki yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 11.25 pagi diiiringi anggota polis.

Kosmo! Online semalam melaporkan, bangunan Sri Pentas dikosongkan susulan panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Pihak polis menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.

Bagaimanapun, tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui dan hanya panggilan palsu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini