TAIPING – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit pelaburan berjumlah RM5,720 daripada seorang lelaki tanpa lesen yang sah dua tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Yap Ying Chao, 26, dan Boo Weil Seng, 30, pada mulanya membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Syed Faisal Syed Amir. Bagaimanapun, ketika pertuduhan dibacakan buat kali kedua, kedua-dua lelaki itu kelihatan terpinga-pinga…










