Dua lelaki didakwa culik penjual cincin - Utusan Malaysia

Dua lelaki didakwa culik penjual cincin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang buruh dan seorang penjual ikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang penjual cincin dan meminta wang RM6,000.

Tertuduh, Muhammad Azwa Mohd. Rusli, 26, dan Muhammad Maliki Kamaludin, 21, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mereka didakwa melarikan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah kafe di Jalan Sri Cemerlang, di sini, dengan tujuan supaya membayar RM6,000 untuk dilepaskan pada pukul 8.20 pagi, 16 Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Sekayen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga didenda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Norazlinawati tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan tersebut sebelum menetapkan tarikh 5 September depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, ahli keluarga kedua-dua tertuduh bertindak memarahi petugas media yang merakamkan gambar selepas prosiding tersebut. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN