KUALA TERENGGANU 28 Ogos – Jabatan Kesihatan negeri menyasarkan untuk menaik taraf dua buah lagi hospital daerah kepada status hospital pakar dalam usaha meningkatkan lagi kemudahan dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Pengarahnya, Dr. Mohamad Omar berkata, Hospital Dungun yang baharu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini manakala Hospital Besut pula sedang giat mempersiapkan pelbagai peralatan dan kemudahan perubatan. “Apabila dua buah hospital tersebut mencapai taraf hospital pakar kelak,…










