PETALING JAYA – Sebuah helikopter penumpang jenis Robinson R-66 terhempas dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, helikopter berkenaan sedang melakukan penerbangan ujian di kawasan padang rumput lapangan terbang berkenaan. “Sewaktu melakukan penerbangan ujian berkenaan, helikopter tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu terhempas di tempat kejadian. “Insiden berkenaan telah mengakibatkan dua juruterbang lelaki masing-masing berusia 59 dan 70 tahun cedera,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya