KUALA LUMPUR 26 Ogos – Niat seorang anak menemani ayahnya memancing berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya lemas di Sungai Langat berhampiran Taman Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini. Isteri dan ibu mangsa, Ajura Abdul Jalil, 48 berkata, suaminya, Roslan Ismail, 49, yang hobinya memancing keluar ke sungai tersebut kira-kira pukul 8 pagi sebelum anaknya menyusul satu jam kemudian. Menurutnya, pada kebiasaan, suaminya memancing seorang diri tetapi anak…










