Dua beradik maut kemalangan - Utusan Malaysia

Dua beradik maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 17 Ogos – Dua kanak-kanak maut selepas tercampak keluar daripada kereta jenis Honda City dinaiki bersama ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Beserah, berhadapan Petronas Bukit Pelindung di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, dua beradik berkenaan, Nur Afina Safiya Mohd. Helmiardi yang berusia 11 bulan dan kakaknya, Nur Nailah Al Farafisha, 2, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pemandu kenderaan yang juga ayah kanak-kanak itu, Mohd. Helmiardi Nosaha, 29, cedera di bahagian dada manakala isterinya, Nor Yumni Yahya, 24, patah kedua-kedua belah kaki dan dirawat di HTAA.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku, apabila kereta dipandu Mohd. Helmiardi dari arah bandar Kuantan menghala ke Balok.

“Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai kereta terbabit hilang kawalan lalu terbalik melanggar tiang lampu di tengah-tengah penghadang jalan semasa melalui jalan yang berlompak.

“Akibat kemalangan terbabit, kesemua mangsa dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan. Pukul 12.30 tengah malam, dua kanak-kanak yang sedang menerima rawatan meninggal dunia di wad kecemasan HTAA,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN