Dua anggota PGA terlibat rasuah bebas reman - Utusan Malaysia

Dua anggota PGA terlibat rasuah bebas reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan dua anggota polis berpangkat Koperal daripada tahanan reman yang ditahan bagi membantu siasatan menerima sogokan wang tunai berjumlah RM1,200 di pekarangan pusat beli-belah Centre Point di sini pada 22 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majistret Cindy MC Juse Balitus membuat keputusan itu tersebut terhadap kedua-dua suspek yang berusia 35 dan 36 tahun selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek yang bertugas sebagai Polis Gerakan Am (PGA) ditahan bagi membantu siasatan salah laku rasuah melibatkan nilai suapan sebanyak RM1,200 pada 22 Ogos lalu.

Mereka ditahan SPRM di sekitar bandar raya ini antara pukul 3 petang hingga 7 malam pada Jumaat lalu kerana menerima suapan daripada orang awam atas dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mangsa atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Faliq Basiruddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, seorang lagi suspek yang berusia 53 tahun masih ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan terhadap kes yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini