Dr. Mahathir saksikan demonstrasi dron - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir saksikan demonstrasi dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 19 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan hari ketiga lawatan rasmi ke negara ini dengan menyaksikan demonstrasi penggunaan dron di sini.

Demonstrasi di luar bangunan itu dilakukan oleh salah sebuah pengeluar dron terbesar di dunia Da Jiang Innovations (DJI) Enterprise yang menyediakan penyelesaian menggunakan dron bagi pelbagai industri termasuk pertanian, tenaga, media, pembinaan, infrastruktur dan keselamatan awam.

Perdana Menteri diberi taklimat oleh presiden syarikat itu Roger Luo ketika demonstrasi dijalankan.

Dr. Mahathir yang diringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyaksikan keupa­yaan siri MG-1P dengan mod ka­walan pelbagai pesawat yang di­lengkapi dengan sistem pe­nyemburan dipertingkatkan bagi kegunaan sektor pertanian.

Antara keupayaannya termasuk kawalan penghantaran video sejauh 3 kilometer.

Satu lagi demonstrasi ialah Matrice 200 yang boleh melakukan pengawasan dari udara dan pengumpulan data.

Menerusi platform dron, operasi perniagaan dapat dikembangkan menerusi data udara.

Dr. Mahathir yang sedang melakukan lawatan rasmi lima hari kemudian meninjau de­ngan lebih dekat dron yang dipamerkan di premis syarikat itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×