BEIJING 21 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melakukan lawatan rasmi lima hari di China melawat Akademi Sains Pertanian China di sini untuk mengetahui lebih banyak tentang inovasi dan kecanggihan teknologi China. Pada lawatan itu, Dr. Mahathir turut menunjukkan minat mendalam terhadap penyelidikan yang dijalankan oleh organisasi berpaksikan inovasi itu. Penyelidikan yang dijalankan akademi itu, antara lain, menumpukan usaha menangani masalah strategik dan penting yang dihadapi oleh…










