SUDAHKAH anda menjalani gaya hidup sihat seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan tetapi masih juga sering sakit-sakit? Meskipun sering bersenam, mengambil makanan rendah kalori, anda masih dihantui penyakit seperti darah tinggi, diabetes, obesiti dan berasa lemah tidak bermaya. Hal ini demikian kerana badan kita mempunyai genetik berbeza-berbeza menyebabkan keperluan dan cara penjagaan juga berbeza mengikut individu. Disebabkan itu, Institut Genom Malaysia (MGI) buat julung kalinya memperkenal program DNAku dengan memberikan perkhidmatan…










