TORONTO 8 Ogos – Novak Djokovic tidak membiarkan konsentrasinya terganggu bagi memburu gelaran kelima Piala Rogers berikutan lawannya yang bertukar, namun dia masih mampu membenam pemain lucky loser dari Bosnia, Mirza Basic 6-3, 7-6(3) di pusingan pertama, hari ini. Djokovic, yang diletakkan sebagai pilihan kesembilan, pada asalnya dijadualkan bertemu pemain yang mara sehingga ke separuh akhir Terbuka Australia, Chung Hyeon, tetapi anak muda berusia 22 tahun dari Korea Selatan itu menarik diri kerana kecederaan belakang kira-kira sejam sebelum perlawanan bermula. Bintang Serbia itu yang beraksi buat kali pertama sejak memenangi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya