Dua nama besar, kumpulan Al-Jawaher dan Raihan pernah melakar sejarah pada zaman kegemilangan muzik mereka diterima ramai. Irama nasyid dan kerohanian yang dibawakan mereka masih segar dalam ingatan kita sehingga kini. Ternyata bait-bait lagu, ‘Kembara berjalan bersendirian, Mencari jalan pulang, Bilakah masanya embunkan menjelma, Di tanah gersang yang membakar…’ bertajuk Kembara Di Tanah Gersang yang sering kali berkumandang di radio sekitar tahun 1979 masih diingati. Sebenarnya apa cerita terbaharu dan…










