Didakwa curi topi keledar depan McDonald’s - Utusan Malaysia

Didakwa curi topi keledar depan McDonald’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri topi keledar milik seorang lelaki di hadapan sebuah restoran makanan segera, dua bulan lalu.

Ahmad Alludin Mat Said, 34, didakwa mencuri topi keledar jenama KHI berwarna hitam bernilai RM100 milik Zulkefli Ripin, 35, di depan McDonald’s Jalan Silang, Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 2.30 petang, 28 Jun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak mencadangkan sebarang jaminan manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya meraung ‘saya tidak curi tuan hakim’ sebanyak tiga kali dan memberitahu mahkamah bahawa dia mahu pulang ke kampungnya di Kelantan.

Majistret Mahyudin Mohamad Som kemudian menetapkan 5 September ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN