HATI siapa yang tidak terusik apabila bentuk fizikal menjadi bahan jenaka malah adakalanya ejekan seumpama itu menyebabkan seseorang berjauh hati. Situasi yang serupa pernah dilalui penyanyi popular, Azharina Azhar apabila dikecam dan dikritik hanya kerana memiliki berat badan yang berlebihan. Stigma masyarakat yang sering menganggap selebriti bertubuh gempal sukar bertahan lama dalam dunia hiburan, bagaimana pun menyuntik semangat Azharina untuk membuktikan bahawa saiz badan bukan faktor yang ‘menutup’ rezeki seseorang.…










