MAMPUKAH Munafik 2 mengatasi Hantu Kak Limah? Sudah pasti soal kutipan tiket pecah panggung kedua-dua filem tersebut merupakan antara yang paling hangat diperkatakan dalam industri perfileman tanah air ketika ini. Munafik 2 yang merupakan naskhah terbaharu arahan Syamsul Yusof itu bakal ditayangkan menjelang esok, Khamis, 30 Ogos. Filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid pula sudah mengumpul kutipan mencecah RM32.7 juta selepas ditayangkan selama 18 hari sejak 9 Ogos lepas.…










