Dewan Rakyat setuju Ketua Audit Negara, PAC siasat semula 1MDB - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat setuju Ketua Audit Negara, PAC siasat semula 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat meluluskan usul agar Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat-syarikat berkaitan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumuman keputusan itu selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggulung perbahasan mengenai usul tersebut.

Dalam usul tersebut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menggesa agar siasatan mengenai penyelewengan dan skandal 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan dibuka semula supaya maruah Dewan Rakyat dapat dipulihkan dan segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyiasatan semula ini bertujuan mengembalikan maruah Dewan Rakyat dan institusi-institusi negara yang sebelum ini gagal menjalankan satu penyiasatan yang adil, kompeten, berwibawa dan bebas daripada campur tangan orang-orang berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu diperlukan kerana skandal korupsi 1MDB telah gagal disiasat dengan cermat dan tiada tindakan telah diambil oleh kerajaan lama pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan perkara berkenaan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN