KUALA LUMPUR – Sembilan Rang Undang-Undang (RUU) termasuk yang menjadi bualan umum seperti Akta Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 diluluskan pada mesyuarat pertama Dewan Rakyat Parlimen ke-14 yang ditangguhkan malam ini. RUU lain yang diluluskan ialah RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Akta Zon Bebas (Pindaan) 2018 . Mesyuarat turut meluluskan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)…










