Dewan Negara lulus Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 - Utusan Malaysia

Dewan Negara lulus Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dalam sidang hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rang undang-undang tersebut diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Terdahulu, Guan Eng ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebut cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal dilaksanakan pada 1 September ini akan mengurangkan harga barang.

“Tindak balas rakyat terhadap cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyebabkan pertukaran kerajaan, tidak sangka langsung 61 tahun sebab cukai tersebut rakyat tolak kerajaan.

“Tugas kita menjalankan mandat ini dan saya hanya menjadi alat rakyat bagi menunaikan hasrat mereka. Jadi, saya mohon Dewan Negara menghormati hasrat rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN