KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang diperkenal kerajaan terdahulu dengan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, kerajaan mengambil berat mengenai perkembangan pendidikan tahfiz bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi ilmu duniawi dan ukhrawi (akhirat). “DPTN akan dilaksana dengan kerjasama Jabatan Agama Islam di setiap negeri dan dasar ini merupakan usaha penyelarasan…










