PERMATANG PAUH 12 Ogos – Menyedari kepentingan menjaga alam sekitar terutama berkaitan pelupusan minyak masak terpakai, sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti di sini menubuhkan pusat pengumpulan sisa itu. Di bawah nama Penanti Eco Corporation (Pecorp), pasukan yang dibarisi enam pelajar dan dibimbing tiga guru itu turut terpilih menyertai Toyota Eco Youth 2018 bagi mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Sejak April lalu, Pecorp telah bergerak dengan merangka kertas kerja serta mengadakan tinjauan dan kempen di sekitar Mukim 20 Penanti yang menjadi kawasan tumpuan operasi mereka. Mereka juga bekerjasama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya