DAP tidak berhak paksa Menteri Besar Perak - Utusan Malaysia

DAP tidak berhak paksa Menteri Besar Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Ogos – DAP tidak boleh memberikan tekanan kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu untuk meluluskan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Abdul Aziz Abdul Rahman

Pengerusi Biro Perlembagaan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, walaupun soal kelulusan status hak milik tanah itu adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, DAP tidak mempunyai hak untuk memaksa Menteri Besar untuk akur dengan permintaan tersebut.

“DAP tidak boleh paksa, kelulusannya bergantung kepada kerajaan negeri Perak kerana tanah di bawah kuasa negeri.

“Katalah kerajaan negeri Perak luluskan permintaan ini, ia akan dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain pula untuk mendesak kerajaan menunaikan permin­taan mereka pula selepas ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

DAP Perak tetap menuntut kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Pengerusinya, Nga Kor Ming hari ini berkata, kuasa untuk meminda perkara hal ehwal tanah adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan tertakluk kepada Majlis Tanah Negara (MTN).

Dalam pada itu, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, perkara tersebut amat sensitif memandangkan melibatkan soal tanah yang menjadi hak kerajaan negeri.

“Dari segi hak memang ia hak Menteri Besar Perak untuk menentukan sama ada lulus atau tidak permintaan tersebut tetapi kalau kita lihat dari segi perpa­duan apa pula impaknya kepada rakyat berbilang kaum.

“Umum kita tahu hanya kaum Cina yang menghuni kawasan kampung baru ini jadi bagaimana kita mahu pupuk semangat perpaduan berbilang bangsa di situ,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×