KOTA KINABALU 29 Ogos – Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menafikan kenyataan pelakon Hairul Azreen yang mendakwa hampir diculik ketika penggambaran filem di pangkalan hadapan Tun Sharifah Roziah, Semporna baru-baru ini. HAZANI GHAZALI Kemander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, dakwaan tersebut tidak berasas, malah sepanjang penggambaran pihak berkuasa telah menugaskan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menjaga keselamatan mereka. Sehubungan itu katanya,…










