Daiyan Trisha nikah Ahad ini - Utusan Malaysia

Daiyan Trisha nikah Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pelakon utama filem Busker, Daiyan Trisha, 25, mengesahkan bakal melangsungkan majlis pernikahan pada Ahad ini de­ngan seorang jejaka misteri tanpa adanya ikatan pertuna­ngan.

Ketika dihubungi penyampai radio Era FM, Radin Amir malam tadi, Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin memberitahu, dia dan bakal suami memilih tanggal 19 Ogos ini untuk bernikah, namun enggan mendedahkan gerangan lelaki berkenaan.

“Ya, memang betul saya akan bernikah pada Ahad ini. Bagaimana­pun, kami tidak akan bertunang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyukainya kerana dia seorang yang misteri, selain mempunyai sifat ceria dan baik hati,” katanya.

Terdahulu, Daiyan mengejutkan para pengikut di laman Instagram miliknya apabila memuat naik beberapa keping gambar dia mengenakan busana pernikahan, lantang mengundang pertanyaan peminatnya.

Apatah lagi, Daiyan sebelum ini langsung tidak pernah dikaitkan de­ngan sebarang gosip cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN