DAR ES SALAAM 23 OGOS – Nampak perubahan ketara pada wajah Elimo Moswen sebaik sahaja menerima daging korban di pusat agihan Princess Gate School, Kunduchi. Daripada sugul bimbang tidak sempat mendapat agihan daging korban, gadis berusia 10 tahun itu tersenyum riang sejurus menerima daging seberat dua kilogram hasil program korban anjuran EZ Qurban semalam. “Hadiah ini untuk ibu. Dia mesti gembira,” ujarnya kepada wartawan Utusan Online. Elimo anak gadis tempatan perkampungan…










