MEMULAKAN perjalanan kerjaya seni sedekad yang lalu, pelakon popular, Shah Iskandar mendepani cabaran dengan kematangan yang banyak memberinya pengalaman tidak ternilai. Biarpun mungkin namanya tidak sepanas tatkala mula-mula melangkah dalam industri, namun nama dan wajah pelakon lelaki ini tidak pernah pudar dan sentiasa bermain pada layar kaca. Mungkin itu adalah resepi jejaka hitam manis ini. Tidak perlu memutihkan kulit mahupun membentuk badan ‘sado’, dia masih mampu bertahan kerana bakat lakonan…










