HULU TERENGGANU – Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara dan memiliki 12 rekod jenayah lampau sejak tahun 2001 bagai tidak serik apabila kembali menghidupkan kumpulan jenayahnya yang bermaharajalela di daerah ini sehingga berjaya ditumpaskan polis pada semalam. Dalam serbuan pada pukul 5 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun tersebut berjaya diberkas polis bersama isteri berusia 29 tahun dan dua lelaki dipercayai anggota Geng Dek berumur 32 dan 34…










