KUCHING 16 Ogos – Cuaca panas sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan berlaku peningkatan kes kebakaran belukar dan hutan serta menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan di negeri ini. Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, jerebu mula melanda negeri ini dengan bahagian Mukah mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat iaitu 137 setakat pukul 4 petang ini. Sementara itu, lain-lain bahagian turut didapati mula dilanda jerebu termasuk Kuching, namun…










