BOGOTA 9 Ogos – Colombia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat beberapa hari sebelum Presiden baharu negara ini, Ivan Duque mengangkat sumpah, berdasarkan sepucuk surat daripada kementerian luar yang didedahkan, semalam. “Saya ingin maklumkan kepada anda atas nama kerajaan Colombia, Presiden Juan Manuel Santos memutuskan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas, merdeka dan berdaulat,” kata surat bertarikh 3 Ogos itu. Namun Menteri Luar baharu Colombia, Carlos Holmes berkata, beliau…










