BEIJING – China melancarkan sebuah platform termasuk aplikasi yang membolehkan orang awam melaporkan ‘khabar angin di internet’, malah turut menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesahkan kesahihan aduan yang diterima. Platform itu dilancarkan kelmarin ketika Beijing meningkatkan usaha mengawasi internet terutamanya media sosial yang digunakan oleh orang ramai untuk membincangkan isu politik atau topik sensitif di sebalik tapisan ketat pemerintah. Di samping laman web, platform dinamakan Piyao itu juga mempunyai aplikasi mobil dan akaun media sosial bersama gergasi media sosial China, Weibo serta WeChat. Melalui kesemua saluran itu, Piyao hanya akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya