Celcom lantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu - Utusan Malaysia

Celcom lantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd. (Celcom) hari ini mengumumkan pelantikan Mohamad Idham Nawawi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa pada 1 September depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan, Celcom berkata, Mohamad Idham yang ketika ini bertugas sebagai Ketua Pegawai Korporat Kumpulan akan menggantikan Michael Kuehner yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos ini.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada rancangan asal untuk melantik kakitangan atau bakat dalaman (syarikat) bagi fasa transformasi seterusnya,” kata satu kenyataan itu.

Menurut Celcom, Mohamad Idham juga mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam industri telekomunikasi di Malaysia serta di peringkat serantau.

Celcom adalah sebahagian daripada syarikat Kumpulan Axiata dan mempunyai hampir 350 juta pelanggan di 11 pasaran di sekitar benua Asia. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN