Cech tetap pilihan utama - Utusan Malaysia

Cech tetap pilihan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Ogos – Jurulatih Arsenal, Unai Emery memberi jaminan bahawa penjaga gol berpengalaman, Petr Cech akan terus menjadi pilihan utama untuk mengawal benteng terakhir The Gunners menjelang kunjungan mereka ke Stamford Bridge, esok.

Bagaimanapun, pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Arsenal tewas 0-2 kepada Manchester City, Cech dilihat bergelut untuk memperagakan corak permainan seperti dihajati Emery walaupun berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan.

Satu daripada usahanya untuk memulakan permainan dari barisan belakang hampir membawa padah, lalu pemerhati menganggap Bernd Leno lebih layak mengemudi gawang dalam pertemuan bertemu Chelsea.

Memuatkan artikel berkaitan…

Emery, bagaimanapun tidak terkejut, malah memuji persembahan Cech dan menyokongnya untuk terus meningkatkan lagi prestasi apabila berdepan bekas kelabnya itu.

“Saya sangat gembira dengan persembahannya. Dia mempunyai pengalaman, kualiti dan kemampuan. Begitu juga dengan Bernd Leno, mereka merupakan dua penjaga gol yang penting bagi kami.

“Untuk esok, keputusan saya adalah mudah… Petr Cech akan memulakan perlawanan.

“Tetapi jika Bernd bermula, saya juga menaruh kepercayaan terhadapnya,” katanya.

Stephan Lichtsteiner atau Nacho Monreal yang kembali cergas bakal mengisi posisi pertahanan kiri bagi menggantikan Ainsley Maitland-Niles yang diketepikan selama dua bulan akibat retak kaki kiri.

Walaupun tewas kepada City, Emery tidak akan mengubah falsafah permainan yang cuba diterapkannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN