LONDON 17 Ogos – Jurulatih Arsenal, Unai Emery memberi jaminan bahawa penjaga gol berpengalaman, Petr Cech akan terus menjadi pilihan utama untuk mengawal benteng terakhir The Gunners menjelang kunjungan mereka ke Stamford Bridge, esok. Bagaimanapun, pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Arsenal tewas 0-2 kepada Manchester City, Cech dilihat bergelut untuk memperagakan corak permainan seperti dihajati Emery walaupun berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan. Satu daripada…









