Calon MCA turut janji selesai isu banjir - Utusan Malaysia

Calon MCA turut janji selesai isu banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Hari ketiga tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menyaksikan kedua-dua parti yang bertanding berjanji untuk menyelesaikan isu banjir kilat di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon MCA, Tan Chee Teong bertekad untuk memastikan sistem perparitan yang tidak terurus di Taman Indah, Balakong dekat sini dan perumahan sekitarnya dapat diselesaikan segera berikutan telah lama berpanjangan.

Beliau berkata, walaupun memiliki kawasan tadahan air yang besar, perkara itu tidak membawa apa-apa makna selagi air hujan tidak dapat disalirkan dengan cekap.

“Setiap kali hujan lebat kira-kira 200 rumah di kawasan ini akan dilanda banjir kilat disebabkan sistem perparitan yang bermasalah.

“Walaupun banjir akan surut dengan cepat tetapi ia telah memusnahkan barang-barang penduduk. Untuk menaik taraf sistem perparitan di sini ia memerlukan sekitar RM1 juta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di kawasan berkenaan hari ini.

Masalah itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk berikutan jalan utama ditenggelami air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN