KUALA LUMPUR 20 Ogos – Hari ketiga tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menyaksikan kedua-dua parti yang bertanding berjanji untuk menyelesaikan isu banjir kilat di kawasan berkenaan. Calon MCA, Tan Chee Teong bertekad untuk memastikan sistem perparitan yang tidak terurus di Taman Indah, Balakong dekat sini dan perumahan sekitarnya dapat diselesaikan segera berikutan telah lama berpanjangan. Beliau berkata, walaupun memiliki kawasan tadahan air yang…










