‘Buskers’ diberi amaran patuh arahan - Utusan Malaysia

‘Buskers’ diberi amaran patuh arahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kumpulan pemuzik jalanan atau ‘buskers’ orang kurang upaya (OKU) akan diarah berpindah ke kawasan baharu sekiranya masih melanggar syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad berkata, tindakan itu perlu diambil bagi menjaga ketenteraman dan tidak mengganggu orang ramai di kawasan pusat bandar.

“Saya akan berjumpa dengan kumpulan tersebut selepas Hari Raya Aidiladha ini bagi mencari jalan penyelesaian. Kalau masih berdegil, jangan marah jika kami tempatkan mereka di kawasan yang tidak menjadi tumpuan.

“DBKL tidak akan bertindak sesuka hati. Tindakan ini berikutan sudah banyak kali aduan diterima daripada orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau projek River of Life di Masjid India di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN