impian sering hadir berpakaian indah kerana segalanya dicipta untuk disangkut di ampaian kemanisan aku biasa berbusana impian yang sering kurenyukkan dalam bakul harapan aku sering merenjis doa pada kedutan angan yang kugosokkan dengan seterika penawar berbusana impian adalah percaturan menanti hari esok adalah penantian menunggu matahari bersinar adalah keputusan AHMAD FIRDAUS Tanjung Malim, Perak










