Buruh ditetak tiga lelaki sebelum ditemui mati - Utusan Malaysia

Buruh ditetak tiga lelaki sebelum ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Misteri penemuan mayat seorang buruh lelaki dengan kesan tetakan kelmarin terbongkar selepas kejadian itu mempunyai kaitan dengan kemalangan sebuah kereta yang mengorbankan seorang suspek di Kampung Baru Bukit Tuku, Tok Uban di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 28 tahun dan beralamat di Kampung Tok Pelandok di sini diserang oleh tiga lelaki dengan senjata tajam di hadapan sebuah kedai cuci kenderaan di Kampung Batu Karang di sini.

Hasil risikan mendapati mangsa kemudiannya telah dibawa dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic sebelum kereta itu hilang kawalan dan terbabas di Kampung Baru Bukit Tuku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jarak antara dua lokasi tersebut ialah kira-kira tiga kilometer.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, dalam kemalangan itu seorang suspek dan merupakan pemandu kereta berkenaan bernama Mohamad Shahrul Nizam Ismail, 22, telah meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tanah Merah. 

“Mangsa tetakan pula dipercayai telah melarikan diri ke bahagian belakang rumah dan rebah di situ dipercayai akibat pendarahan teruk. Dua lagi suspek kemudian menghilangkan diri dari lokasi kejadian.

“Kes kemalangan itu telah disiasat oleh pihak polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas. Hasil semakan lanjut mendapati mangsa yang mati ditetak itu masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Sesyen Pasir Mas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN