KUALA LUMPUR – Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan usul mencadangkan beliau dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengeluarkan kata-kata kesat sebagai bertentangan dengan keputusan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, ini kerana Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang bertugas ketika kejadian itu telah pun meminta beliau meminta maaf dan meneruskan persidangan. “Saya berasa sangat janggal kerana kerajaan Pakatan Harapan…










